Wednesday, December 7, 2011

Semua mengenai Mangga

KETERANGAN AM

Nama Biasa : Mangga
Nama Saintifik : MurrMangifera indica L.
Keluarga : Anacardiaceae

Asal :
Mangga dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burmadan berkumingkinan juga dari Asia Tenggara.

Kawasan Utama Tanaman :
Di Malaysia, kawasan utama ditanam adalah di Perak, Perlis dan Kedah. Walaubagaimana pun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain.

Kegunaan :
Mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan sebagai makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.

TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 – 40 m. Dahan tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh.

Daun :
Daun mangga berbentuk eliptik mudah terus membujur, tersusun secara spiral, 10 – 40 sm panjang dan 3 – 10 sm lebar. Berdaun lebat berwarna merah ke cokelat hingga ke hijau terang bergantung kepada klon.

Bunga :
Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanya mengandungi 1 – 40 % dari jumlah (200 – 10000) bunga pada setiap tangkai.

Buah :
Buah mangga terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna kuning pucat hingga ke warna oren. Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari poliembryonik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah. Buah yang belum masak boleh dibaut rojak atau dibuat jeruk, ini termasuk dikeringkan, diproses menjadi jus, jam dan sebagainya.

Biji :
Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat juga biji yang kesep.

Kultivar / Klon :
Sehingga kini hanya 4 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah MA 162, MA 165, MA 204 dan MA 224.

KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :
Tanaman mangga sesuai di mana keadaan kering agak panjang (di antara 2 – 4 bulan) dan ketika suhu berada sekitar 24 - 30ºC. Hujan diperlukan ketika berbunga dan pembentukan buah.

Tanah :
Mangga boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, terutama tanah dari jenis liat berpasir dengan pH 5 hingga 7. Di Malaysia jenis tanah yang sesuai adalah dari siri-siri Chuping, Dampar, Gajah Mati, Kangar, Penambang, Rasam dan Telemong. Mangga juga boleh ditanam di tanah bekas lombong tetapi persediaan dan penjagaan rapi perlu dititikberat.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Mangga pada kebiasaannya ditanaman secara pembiakan tampang, tut atau keadah klip (cleft method) supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan mengeluarkan hasil dengan cepat.

Jarak Tanaman :
Jarak tanaman yang biasa digunkan adalah sistem empat segi dari 7.5 m X 7.7 (178/pokok/ha) hingga 10m X 10m (100/pokok/ha) bergantung kepada klon. MA 224 biasanya ditanam rapat jika dibandingkan dengan MA 165, MA 162 dan MA 204.

Menanam :
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan biarkan selama 2 – 4 minggu supaya terdedah kepada cuaca. Bahan Organik atau kompos sebanyak 5 – 10 kg/lobang dan 200 gm/lubang CIRP dimasukkan ke dalam lubang. Tanam anak benih dengan cermat supaya tidak mencederakan sistem akarnya.

Cantasan :
Cantasan dilakukan dengan kerap di semua peringkat pertumbuhannya. Di peringkat permulaan, cantasan membentuk dilakukan supaya dapat mengawal ketinggian pokok ketahap yang dikhendaki dan untuk mendapatkan dahan-dahan yang kuat dan pengeluaran yang baik. Pokok yang matang juga dicantas selalu supaya dapat mengurangkan pertumbuhan yang keterlaluan dan memastikan pembungaan yang maksima.

Pembajaan :
Program pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:
i) ¼ daripada jumlah – ½ bulan sebelum berbunga
ii) ¼ daripada jumlah – semasa awal pembesaran buah (‘marble stage’)
iii) ½ daripada jumlah.

Membungkus :
Membungkus buah dilakukan sebagai prosedur biasa daan boleh dilakukan menggunakan kertas-kertas surat khabar lama semasa buah sebesar ibu jari untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia dan untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Program secara koktail penyemburan racun serangga, kulat dan foliar boleh dipraktikan.

Pengurusan Air :
Pengairan sangat penting di musim kemarau di tahun-tahun pertama pertumbuhan (juvenile phase) dan semasa pembesaran buah. Walaubagaimana pun pokok tidak digalakan diairkan semasa berbunga dan semasa buah sudah matang (ripening stages).

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Mangga mengambil masa 13 – 16 minggu untuk matang dari masa pembentukan buah bergantung pada klon.

Hasil :
Panduan peringkat memungut hasil adalah seperti berikut.
i) Buah mencapai umur yang ditetapkan untuk beberapa klon dan isi berwarna kuning.
ii) Bahagian atas buah membengkak dan bulat dan leper dan hujungnya seakan berisi.
iii) Buah-buah yang telah dipetik tenggelam dalam air (cara apungan).

Mengutip hasil hendaklah dijalankan dengan cermat dan jika boleh gunakan galah yang berjaring untuk mengelak dari mencederakan buah. Buah dibasuh, rawat (contoh: rawatan air atau wap panas) kering, grad dan masukan ke dalam kotak-kotak bergantung pada keperluan pasaran.

PENYIMPANAN HASIL

Penyimpanan :
Mangga yang telah dipetik boleh disimpan selama 4 hingga 9 minggu pada suhu 9 - 10ºC, manakala buah yang masak boleh disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 - 21ºC.

EKONOMI

Jumlah kos pengeluaran untuk 25 tahun berjumlah RM 92,000.00

Berdasar kepada harga di ladang RM 1.60/kg :
Nilai kini bersih semasa (NPV) @ 10% ialah 42,000.00
Kadar pulangan dalam (IRR) ialah 32%
Nisbah faedah/kos (B/C) @ 10% ialah 2.04

Sumber

http://jpn.penang.gov.my/